
Title | : | Menangani Penulisan Kreatif Sastera Remaja |
Author | : | |
Rating | : | |
ISBN | : | 9836225277 |
ISBN-10 | : | 9789836225276 |
Language | : | Malay |
Format Type | : | Paperback |
Number of Pages | : | - |
Menangani Penulisan Kreatif Sastera Remaja Reviews
-
Membaca buku ini menanam semangat, cinta dan memberi inspirasi dalam diri untuk mula mengumpul buku-buku sastera. Buku ini banyak memberi pendedahan kepada karya-karya sastera remaja terdahulu hasil sasterawan-sasterawan negara dan penulis-penulis terkenal (Othman Puteh, Shahnon Ahmad, Rejab F.I, *sekadar beberapa nama) suka duka mereka dalam bidang sastera.
Penulis juga banyak memberikan pandangan, pemikiran dan ideanya yang kritis untuk memartabatkan kembali sastera kanak-kanak dan sastera remaja di Malaysia kerana pentingnya kedua-dua peringkat umur ini untuk mencintai sastera kerana tenaga mudalah penyumbang dan pembaca dengan populasinya yang tinggi. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Satu sisi yang lain pula, sebagai peminat dan kolektor buku-buku, semasa membaca, anda boleh buat satu senarai "buku-buku yang hendak dibeli".