Rindunya Kian Membara by Noor Suraya


Rindunya Kian Membara
Title : Rindunya Kian Membara
Author :
Rating :
ISBN : 9838935778
Language : Malay
Format Type : Paperback
Number of Pages : 392
Publication : First published January 1, 2001

Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?


Rindunya Kian Membara Reviews


  • Gobokairina

    Jodoh -- bila tak dicari elok pula ada depan mata. Pi lari jauh-jauh pun… eh! Muncul pula depan skrin telefon.

    Ehem! Aku cakap pasal jodohku dengan buku ni ya haha. Tak sia-sia menanti, saat seakan sudah reda (sebab Kaksu dah terbitkan semula dengan tajuk
    Surat Bersampul Perang), ada juga rezeki. Terima kasih ya, dik!

    Dan, bila berdepan dengan buku tulisan penulis ini, seperti biasa aku umpama hilang kosa kata untuk berkongsi review.

    Full review: 22/08/19

    Aku suka bila mana mood membacaku kekal baik hingga ke hari ini. Rasa lega sungguh. Mungkin juga kerana buku ini berjaya mengekalkan mood itu. Jadi, bertambah-tambah tahap sukaku.

    1. Cerita cinta yang mudah saja sebenarnya tapi di tangan penulis, ianya jadi luar biasa. Mungkin kerana alunan bahasanya yang halus dan memikat. Kalaulah aku membaca naskhah ini tanpa lihat namanya pun, aku dah tahu siapakah gerangan penulisnya. Ha, nampak tak betapa aku sukakan gaya penulisannya?

    2. Doktor Farhana. Alahai, susahnya menjadi Anah! Rasanya aku sama-sama lelah nak habiskan kisah awak ni, Anah. Kasihan lebih-lebih lagi. Benarlah ujian datang menguji samada kita reda atau tidak. Tapi hati seorang wanita, aduh! Sakitnya memang tak terkira. Nak berdamai dengan masa lalu bukan perkara yang mudah.

    3. Sebenarnya kan, satu yang aku kagumi daripada dulu -- bagaimana penulis menyusun watak-wataknya. Saling berkait tanpa mengenal batas masa. Bayangkan saja bagaimana
    Jaja dan
    Doktor Aqmar saling berkait, begitu juga Anah dan Zaynn. Dan, dalam ini aku ‘ternampak’ Seera. Aduh! Tak sabar nak baca
    Biru Ungu Cinta.

    4. Ending tu kalau panjang lagi, aku bagi extra mark haha. Tapi, pelik juga kenapa Imran bukan ‘jodoh’ Anah. Takpelah, masih okay sebenarnya, janji bukan Masri haha. Dengar cerita ada kesinambungan Anah-Imran dalam
    Kekasih Waktu. Baik, akan aku usahakan membacanya kelak.

    5. Dalam halus menyusun kata, ada beberapa part penulis sebenarnya menyampaikan pesan. Cuma mungkin kita tak perasan dek terbuai-buai dengan lenggok bahasa. Kaksu kan kalau adegan marah pun, kita yang membaca jadi tak marah. Dan, itu aku kira memang kepakaran penulis senior kesayanganku ini. Biased much? Mungkin tapi ikut suka hati aku lah kan, review aku yang tulis haha.

    Magisnya seorang Noor Suraya yang memungkinkan kisah tertulis pada tahun 2001 ini tetap ‘hidup’ sampai kini. Bukan melobi, tapi lihat saja kalau tidak mana mungkin kisah ini diterbitkan semula tahun sudah. Tahniah Kaksu!

  • Cik Pah

    Rindunya kian membara menceritakan perjalanan hidup Doktor Farhana yang dipanggil Anah. Anah merupakan anak tok imam yang dididik dengan segala ilmu agama dan kesantunan melayu timur. Tetapi kerana cintanya yang agung kepada jejaka seuniversiti yang bernama Masri, menyebabkan dia telah membelakangkan keluarga demi cintanya. Kahwin di Yala tanpa melalui adat peminangan dan kenduri kendara yang selayaknya telah memalukan ibunya dan abang-abangnya di kampung.

    Perkahwinan yang bahagia selama 3 tahun diuji apabila ibu Masri yang masih tidak menerima Anah memaksa Masri kahwin dengan gadis pilihannya. Talak taklik jatuh selepas Masri kahwin dengan Suhaila kerana itulah janji Masri kepada Anah semasa ijab kabul. Dugaannya tidak berakhir disitu apabila Anah mengandung dan dalam tempoh idah Anah telah membawa diri ke Paris untuk menyambung pelajarannya.

    Lahirnya si kembar Zetti dan Zyann menyerikan hidup Anah diperantauan. Wasiat ibunya memohon dia pulang ke tanah air menjadi penentu kepada kehidupan mereka 3 beranak. Masri menuntut hak penjagaan anak dengan cara untuk mendapatkan semula cinta Farhana walaupun masih mendapat tentangan daripada ibu dan saudara maranya. Walaupun telah ada 5 orang anak dengan Suhaila, Masri masih mengejar cinta Farhana dan ingin menjaga si kembar walaupun pendapatannya hanya cukup-cukup sahaja sebagai guru.

    Ya Allah! masa ni Kak Su pandai sungguh usik pembaca.“Nanti bila Yi besar Yi akan kahwin dua. Tengok ada 2 pusar kat kepala”. Lepas ni masing-masing check ye kepala suami masing-masing :)

    Cinta Anah menjadi rebutan Masri, Imran yang pernah melamar zaman gadisnya dan setia menunggu dan Ilham duda beranak 3 suami kepada sahabatnya Dalilah yang meninggal akibat tumpah darah melahirkan anak ke 3. Masih cintakah mereka setelah Anah tidak sesempurna wanita lain?


    ---Spoiler---

  • kuzzeen

    Ditemukan dengan RINDUNYA KIAN MEMBARA di Perbadanan Perpustakaan Awam hasil hadiah pengguna. Terima kasih pengguna. Sukar sebenarnya mendapatkan naskah ini diluar.

    It was written back in 2001, so x berani nak review lebih2.

    Mungkin antara naskah terawal penulis dengan Creative Enterprise. Kagum bagaimana melonjaknya mutu karya penulis ini kini. Tapi, Noor Suraya tetap Noor Suraya. Magisnya masih utuh biar dulu biar sekarang.

    Nipis saja naskah ini, cuma 392 m/s. Tapi pengisiannya padat. Bahasanya tetap 'tajam' seperti selalu..... :)

    Aku paling suka bila penulis 'bergaduh' dengan pelaku-pelakunya.... :)

    Cuma.... pembacaan agak terganggu ketika penulis 'switch' daripada 3rd person ke 1st person POV. Agak keliru sebenarnya. Hal ini amat ketara untuk watak Farhana. Tapi untuk separuh masa ketiga melayan naskah ini, aku dah boleh membiasakan diri. Agak unik sebenarnya..... :)

    Bagi pembaca yg ingin berjinak untuk merasa indahnya Bahasa Melayu, carilah karya penulis ini..... :)

    p/s: terserempak dgn Haikal Hj. Hambali (Rumah Kecil Hujung Padang) :)

  • Azizah

    Resensi: Feb, 2011

    Penulis: Noor Suraya
    Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
    Harga: RM20.90
    M/S: 392
    Cetakan 1 - 2004
    Cetakan 2 - 2005

    "CINTA ITU PELIK? SEPERTI HUJAN PANAS. DALAM HUJAN ADA PANASNYA. DALAM PANAS ADA HUJANNYA."

    Blurb:

    Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula...tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?

    Review:

    RKM antara 20 koleksi novel yang Kak Chik borong hujung Jan 2011, order terus dari JS. Terima kasih buat Kak Mariah sebab tolong dapatkan tandatangan Kak Su & nota dari Kak Su "Moga cerita kecil ini dekat di hati." Dan alhamdulillah dalam 1 malam dapat mengkhatamkan karya penulis hebat ini.

    Jom baca apa yang Kak Chik rasa dari RKM ni. Farhana, anak harapan keluarga yang tiba-tiba nekad meninggalkan keluarga selepas peristiwa aib itu. Kerana cinta Farhana, anak bekas imam itu sanggup memalukan ibu dan keluarga. Kerana cinta juga Farhana sanggup berkurang ajar dengan abang teh yang selama ini ikatan mereka bagaikan isi dengan kuku.

    Masri...si buah hati yang menjadi suami yang amat dicintai Farhana. Selepas menikah Farhana nekad menjadi suri Masri. Merelakan ijazah dalam jurusan Bahasa Perancis itu terbiar. Tawaran untuk mendapatkan Diploma Pendidikan untuk mencapai cita-cita sejak kecil juga sanggup ditepis demi cinta yang tulus buat Masri. Namun...panas itu bukannya selalu ke petang, apabila hujan merenyai di tegah hari - hubungan yang bertunjangkan cinta itu terlerai juga.

    Kerana terluka dan desakan untuk menjauhkan diri dari bayangan Masri, Farhana nekad meninggalkan ibu dan keluarga. Hidup di rantau orang tidak pernah mudah buat Farhana, apatah lagi dengan diri yang disahkan hamil.

    Dan, setelah 7 tahun di rantau orang dengan segala pengalaman dan kesusahan, Farhana kembali ke bumi bertuah Malaysia dengan 2 orang buah hati pengarang jantung, Zetti & Zaynn. Namun ketenangan yang dikecapi hanya sementara setelah buah hatinya dirampas secara kejam oleh Masri. Walaupun dia hampir hilang separuh nyawa untuk kembali kepada Masri tidak sesekali, dia menanggung penderitaan yang bertimpa-timpa setelah buah hatinya dirampas.

    Dan kehadiran Imran dan Ilham juga bagaikan penyeri jalan cerita. Sungguh terharu dengan pengorbanan Imran yang sanggup melepaskan sesuatu yang sudah hampir dalam genggaman untuk kebahagian insan-insan yang dia sayangi terutama Najaah yang selalu nampak gembira itu.

    Aduhhhhh....kasihan sungguh pada Zaynn yang sungguh membela uminya, tetapi kadang-kadang rasa mcm nak cubit-cubit aja Zetti yang bagaikan tidak kisah tidak tinggal dengan uminya lagi. Memang begitu ke sikap anak perempuan setelah menemui ayahnya kembali? Sungguh la geram dengan Zetti tu.

    Pengakhiran yang sungguh membahagiakan buat Farhana, tapi kalau dia dengan Imran macam lagi sweet,kan? Hehehehh...memandai pula Kak Chik ni..

    P/S: Jangan sesekali bermain dengan hukun Allah, taklik itu tetap 'jadi' walaupun sebelum kita berkahwin.

    Misi: 3 karya Kak Su dr Creative yang blm dikumpul
    1. Biru Ungu Cinta
    2. Untukmu Ain
    3. Tanah Andriyana

    Thumbs up untuk Kak Su dan setia menanti karya-karya terbaru dr Kak Su.

    LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
    - Kak Chik-

    Nota: Alhamdulillah, sudah lengkap semua koleksi buku-buku Kak Su :)

  • Fira

    "Kau kenal aku bukan? Aku ni jenis manusia yang kedekut dan tak sedar diri. Aku tak mahu berkongsi lelaki yang aku sayangi dengan mana-mana perempuan lain," kata Farhana.

    more review click here
    http://waleedahyaya.blogspot.com/2012...

  • Yazlina Saduri

    Yes saya dah baca akhirnya. Lama tersimoan elok di rak buku. Ingatkan nak simpan bersama buku-buku Noor Suraya yang lain, kalau boleh nak baca sekali dengan Surat Bersampul Perang. Tapi tak dapat. Surat Bersampul Perang pun belum jumpa lagi.

    Kali ni terpaksa baca juga kerana ada yang nak sangat membeli nya. Saya tahu sukar nak dapat buku tajuk ini jadi saya sedia untuk menjual juga.

    Memang best seperti biasa. Lembut bahasa coretan Kak Su memang sukar ditandingi. Penceritaan Watak Dr Farhana dalam cerita Rindunya Kian Membara, bagi saya menggambarkan beliau seorang yang keras hati. Honestly saya masih bertanya dalam hati, benar kah Madu bagi seorang wanita itu terlalu pahit. Dalam cerita ini, Farhana sampai menetapkan bahawa ikatan dia dengan Masri akan terputus jika lelaki itu diketahui menduakannya. Maka terjadilah cerai takliq. Penyebab pendua-an itu tidak langsung mahu dikaji. Rasa macam, entah lah. Tapi saya memang tidak suka watak Masri. Entah kenapa.

    Anyway tak jemu baca buku ini sehingga ke penamat. Sweet sangat watak adik beradik Ilham dan Imran.

    Bacalah!

  • Ubi

    Haritu wassim. Harini imran pulak. Kesian jadi bujang terlajak ni.

  • Mahadewi

    Bukan cerita dewa-dewi. Suka watak-watak dalam cerita Rindunya Kian Membara. Kini, sedang membaca 'Kekasih Waktu' dan belajar memahami Farhana :)

    Selepas 18 tahun,
    anak-anak Dr Farhana dan Ilham sudah dewasa... dan Noor Suraya telah membawa mereka berkampung dalam 'Kekasih Waktu'.

  • Izzatimare

    Saya start baca Kekasih Waktu dulu, jadi tertanya2 kisah Anah-Ilham-Imran. Buru punya buru, dapat jugak cari buku ni dekat insta.
    Siapa sangka Doktor Farhanah ni sangat tabah orangnya. Jadi ibu tunggal kepada Zetti & Zaynn. Membesarkan mereka kat luar negara pula.

  • azian2575

    Farhana & Ilham