Grab Ambalaga Authored By Naapie Mat Viewable As Hardcover
buku puisi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka yang akhirnya berusaha memenuhi arena penyairan di Malaysia, Ambalaga berjaya muncul di tahuntahun awal, Aku tidak memilihnya ke dalam senarai bukubuku puisi aku hanya sekadar untuk berbuat semak tetapi adalah kerana aku perlu juga melihatnya dari pandangan yang berbeza dari bukubuku puisi aku yang lain.
Ambalaga seolah meletakkan dirinya hanya untuk orangorang akademik yang mencintai kepenyairan,
yakni orangorang yang punya pendidikan dan suara dalam meningkatkan arus perkembangan serta halatuju pendidikan di Malaysia.
Puisipuisi di dalamnya seolah memberi pesanan tentang pendidikan dan ilmu yang harus diutamakan dan dijadikan sebagai satu wadah untuk memartabatkan bangsa,
'Secangkir Ilmu'
Angin lalu sampaikan
pesanan ini
buat anak didikku
beritahu mereka
bahawa tiada
yang lebih berharga
daripada secangkir
ilmu,
Jamilah Ayob
Samalah seperti puisi Rodziah Mat Akil Bicara Sebatang Kapur Dengan Sebatang Pena Papan Putih, Siti Norlaila Abdul Wahab Wawasan, satu inspirasi, satu harapan atau juga dari Wan Mohd Raifuddin Wan Man Renunglah.
Ambalaga ini bagaikan suarasuara yang sentiasa bergema dari lembahlembah zaman, tidak berhenti dan mati dan sentiasa melengking jeritnya untuk mengatakan tentang marcapada dan pengorbanan para pendidik.
Aku risau kalau ada antara kita di sini yang menjadi pendidik dan tidak mengendahkan akan puisipuisi buku ini, Ambalaga sememangnya suara pendidik.
Puisi merupakan manifestasi batin, Justeru itu, antologi puisi ini menampilkan pengucapan yang mengaitkan persoalanpersoalan yang lebih dominan dengan dunia pendidikan dan halhal kemanusiaan, hasil daripada proses perkembangan daya imginasi, persepsi dan lingkaran intelektual mereka.
Inilah yang diungkapkan olehorang penyair muda dari institusi/maktab perguruan dengan sejumlahbuah puisi, Puisipuisi yang dikumpulkan ini hasil daripada Sayembara Menulis Puisi antara Institusi/Maktab Perguruan Malaysia,
Naapie Mat, penyelenggara antologi ini ialah seorang penyair dan penulis esei sastera lulusan dari Universiti Putra Malaysia, Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Jabatan Bahasa, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Kini beliau bertugas di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa IPBA, Kuala Lumpur, .