Dive Into Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam Envisioned By Hilal Asyraf Formatted As Brochure
biasa, karya Hilal Asyraf menjanjikan sesuatu yang hebat, Kedua kali saya membaca sebuah novel berbentuk epik Islami selepas novelnya sebelum ini,Hero,
Takdir membawa kita kepada suatu kehidupan manusia yang telah dtakdirkan oleh Allah,Yang Maha berkuasa atas segala sesuatu, Sejauh mana kita cuba mengelak,sepandai mana kita cuba menafikan diri daripada pergantungan Allah,selari mana kita mempercayai kepadaNya,hati ini tetap milik Allah, Allah yang membolakbalikkan hati kita dan Allah jualah yang menentukan Takdir kita,
"Bulan itu sebenarnya memantulkan cahaya mentari, Indahnya bulan pada malam hari kerana dia memantulkan cahaya matahari, Kita juga akan menjadi indah,jika kita meantulkan perihal urusan Langit Terakhir dalam kehidupan kita, "ms
"Percayalah hidup ini tidak akan lepas daripada ujian, Jika bukan ujian yang zahir seperti hari ini,pasti akan datang ujian yang tersembunyi, Jika bukan ujian yang sukar seperti hari ini,mungkin akan ada ujian yang lebih sukar menanti, "ms
Serendahrendah ukhuwah adalah berlapang dadams
"Pujian hanya memakan keihklasan hati, sedangkan dalam perjuangan,kebersihan hati itu perlu untuk mendapat pertolongan daripada Allah swt, msSebab tak puas lepas dah baca ending, nak tau kisah permulaan end less cemana, maka Cari lah novel pertama dalam siri ni, Tapi mengecewakan sebab watak end less sikit sangat dalam ni, Kiranya yang kedua amp ketiga laa yg ok, Huhuhu Sangatsangat seronok membaca trilogi yg pertama ini, Untuk buki pertama, garapan untuk watakwatak sangat baik dari yang lama, Saya ingatkan ini takdir yang dulu, Rupanya ditulis semula oleh penulis, Seronok dan mengagumkan. Sangat sesuai dibaca oleh remaja, Terbaik!!! Pertama kali baca buku HA, Macam biasa kalau tinggalms aku berkobarnak habiskan dantu jugak, Pukulpagi deh.
Mengisahkan tanah haram diserang tentera sang asura yang dibarisi denganjeneral, Angkasa diberi tanggungjawab besar menyelamatkan tanah haram bersamadengan figura yang lain, ezekiel, izrayel, aizan, mughirah, arnav, ashok dan beberapa kiai dari kiai songo,
Di endingnya mereka ditugaskan untuk menyerang makhluk gergasi, Itu termasuk dalam takdirke Sebelum beli buku ni, memang yakin buku karya tuan Hilal takkan mengecewakan saya, Tu pun selepas habiskan siri saga Hero yang punyabuah novel, Apa yang menarik perhatian saya, saga Hero berlatarbelakangkan zaman moden, zaman sekarang, dengan teknologi yang pelbagai,
Manakala Trilogi Takdir, . . Well, sebenarnya zaman sekarang juga, Beza dia novel ni berperang dengan kuda, sut perang, manjanik, busur dan sebagainya, Beza dengan novel hero yang mengenakan sut sakan Iron Man, Pemburu yang seakan vampire twilight moden, Surihati Encik Pembunuh James Bond, Samurai Melayu dan Membunuh Muhammad, Ianya seakan tapix lebih baik la sudah tentu, Saga Hero memang terbaik laa, Dan Trilogi Takdir bakal menjadi yang terbaik juga, lebihlagi dengan sedikit pembaharuan dan ada lukisan komik,
Dan bakal menyusul pembacaan Trilogi Takdir pula, Hihi.
Wow. Last few chapters were just perfect, Sumpah suka sangat.
Pengalaman pertama membaca karya Hilal Asyraf adalah tika sy membaca Amru Rebellion tapi kecewa kerana ia tidak mencapai ekspektasi, Tika membaca karya ni pula, berharap sangat tidak akan menjadi seperti pengalam pertama itu and I was not dissapointed,
Cerita ni bermula sedikit slow utk perkenalkan watakwatak dahulu, lepas tu memang fastpaced dan action packed, jadi pembaca takkan rasa bosan, Lagilagi bahagian akhir buku ni, Terserlah lah juga keminatan HA terhadap anime dengan beberapa aksi lawan terasa seperti aksi lawan yg terbiasa dilihat dalam anime shounen, HA pun pandai buat pembaca tertanyatanya, ada beberapa misteri yg dilemparkan HA dalam cerita ni: Siapa sebenarnya Angkasa Sakti siapa yg baca tahu lah Angkasa Sakti yg mana, apa yang dah terjsdi dengan bumi Siapa sebenarnya JeneralUtopia tu Dan beberapa lagi.
HA bagi hints dan tidak membongkarnya secara menyeluruh, Beberapa misterimisteri tersebut dibongkar sedikit demi sedikit and I love that,
Worldbuilding dia pun agak mengejutkan sy sedikit sbb dia bukan tipikal fantasi seperti yg disangka sy tapi skrg make sense lah kenapa HA guna setting di Makkah utk cerita ini dia lebih kepada postapocalyptic, scifi type of story dengan beberapa 'fantasy elements' dilempar sana sini.
Cerita ini lebih kepada memberi gambaran kepada apa yg mungkin berlaku pada masa hadapan nanti, Dunia takdir tu sendiri sangat unik menerbitkan rasa ingin tahu sy tentang dunia ini lebih lagi,
Cuma beberapa je yg sy kurang skit dengan takdir, Kebanyakan watak dalam buku ni tidak menyerlah sangat atau takde sangat 'character development' tu, Kalau ade sesetengah watakni bertukar nama, mungkin sy langusng tak tahu beza, Kebanyakn personaliti diorg tidak begitu menonjol hanya sedkit sahaja yg sy boleh namakan yg ada beza personaliti dengan yg lain contohnya , Izrayel, Tapi itu mungkin kerana plot yg sangat 'packed' atau kerana bilangan watak yg sangat ramai membuatkan HA tidak ada peluang utk berbuat demikian, Harapnya perkara ni xde lah dalam bukuseterusnya dalam siri ini,
Satu lagi, penulisan dia, Tak pasti sama ada kerana buku yg sy baca ni edisi baru jadi mungkin ada masalah skit di situ atau kerana HA tidak berapa ok dengan penulisannya tika ini memandangkan ini karyanya yg terawal tapi ada terasa kadang ayatnya sedikit kekok.
Kadang tatabahasa terasa tunggang langgang dan terlalu formal utk naratif sebuah cerita, Penulisannya kadang terasa berulang dan lebih kepada 'tell don't show',
Tapi overall, apa yg nak disampaikan HA dalam cerita ni amat jelas memang cahaya yg tidak terpadam! Kepercayaan kepada Tuhan tidak akan sesekali boleh digoyahkan! awesome
tak sabar nak tunggu yang kedua!
:
“Jangan hanya takdirnya yang baik sahaja kita raikan, manakala takdirNya yang buruk, kita anggap sebagai satu kecelaan.
“
Anak angkat kepada Fathi Auni, Angkasa Sakti telah diberi pelepasan oleh bapanya untuk pergi mengembara, Katanya, dia bakal mengubah dunia dengan kelebihan yang dimilikinya, Lebihlebih lagi apabila pedang yang dibawanya itu hanya boleh ditarik oleh Angkasa Sakti sahaja, Benar kata bapanya, perjalanan akan persiapkan dirinya, Terlalu banyak halhal baharu yang dipelajari sepanjang perjalanan ke Tanah Haram Makkah yang mana merupakan satusatunya tanah suci yang penduduknya masih beragama Islam, Jelas, matlamatnya ketika memulakan perjalanan adalah untuk menumbangkan Sang Ashura yang mengaku Tuhan tapi takdir Tuhan melebihi yang dijangkakannya,
Ini merupakan siri pertama Trilogi Takdir, Buku yang setebal lebihmuka surat ini berjaya memuatkan beberapa elemen seperti keagamaan, pertarungan, persahabatan, kepimpinan dan sebagainya, Pembinaan watak yang konsisten ditambah lagi dengan plotplot yang menarik berjaya membuatkan aku meneruskan pembacaan hingga ke akhir cerita,
Siri pertama ini mengajar aku tentang penggantungan yang jitu kepada Tuhan, Bagaimana setiap watak yang masih percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa menggantungkan segala harapan kepadaNya meskipun hal itu adalah suatu yang mustahil, Hanya penggantungan sahaja semestinya tidak cukup, perlulah disertai dengan usaha yang juga jitu untuk mendapatkan hasil yang terbaik, Hanya tawakkal maka telah pun menyalahi konsep tawakkal itu sendiri,
Kesimpulan, aku sarankan kepada anda yang suka membaca buku bertemakan aksi untuk mencuba membaca buku ini, Buku ini juga sesuai dibaca oleh remaja yang sukakan membaca komik, Walau buku ini boleh dikatakan epik fantasi tapi ia seolah cerita yang akan berlaku, Boleh dikatakan ada kaitlah sikittentang peristiwa akhir zaman ,perang dunia ketiga dna sebagainya,
Sangatbest. Pada pembaca yang suka cerita penuh aksi, inilah buku yang terbaik,
Paling penting, saya suka kerana ia cerita yang penuh islami dan ketuhanan, Sebenarnya buku ini sudah lama telah habis ditelaah, Cuma menunggu waktu yang sesuai
untuk menulis ulasan sahaja, Ini pun sudah memaksa diri, Nampaknya diri sudah semakin malas untuk menaip ya,
Jadi, boleh dikatakan ini buku pertama buku fiksyenislamik yang aku pernah baca, Begitu menarik dan bertepatan dengan cita rasa aku, Kisah di Tanah Haram di mana kerajaan itu dan kota Chinmayi sahaja belum dijajah oleh Sang Asura danJeneral, Aku kira Sang Asura itu perempuan, ternyata lelaki, Tergelak aku seketika setelah mengetahui perkara tu,
Angkasa ni seorang pahlawan yang kuat agamanya dan disuruh oleh Bapa untuk ke Tanah Haram, Sepanjang dia ke sana, banyak halangannya, Antaranya bertemu dengan Pendekar Berdosa, Ezakiel, bertarung dengan Tuk Fathan Adi dan lainlain lagi, Tapi setiap perkara itu terjadi ada sebabnya,
Apa yang aku sangat suka pasal buku ni, senang sahaja aku ingat firman Allah di sini, Mungkin sebab dalam buku fiksyen, jenis buku aku minati, Banyak perkara aku pelajari di sini, Mohon muslim di luar sana bacalah buku ni, Terjamin kualitinya! Sangat² epik serta menyeronokkan, Semalam tidak boleh tidur kerana mahu membacanya, Tahniah HILAL ASYRAF kerana membuat buku ini Dunia dilanda kegelapan selepas dikuasai Sang Asura, Hanya Kota Chinmayi dan Tanah Haram sahaja masih mempertahankan agama Allah, Kehadiran Angkasa yang diamanatkan oleh bapanya untuk satu kembara ternyata satu takdir, Sesungguhnya cahaya Ilahi tidak akan tertutup walau segelap manapun dunia ini,
Pace penceritaan agak laju namun setiap watak dibina dengan baik tanpa ada rasa gelojoh atau tangkap muat, Satu per satu diceritakan mengikut alur cerita, Tidak secara sekaligus. Membuatkan rasa ingin tahu berterusan ke akhir cerita,
Sebuah plot yang menarik, Berkisarkan zaman di mana umat Islam hanya tinggal cebisan kecil namun mampu memberi impak yang besar, Ketaatan dan penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Allah amat mengagumkan,
Banyak cuplikan ayat al quran digunakan di dalam naskah ini yang boleh kita jadikan panduan untuk kehidupan seharihari,
Bukan sebuah novel yang sedih namun beberapa babak dalam naskah ini mampu mengundang rasa sebak dan terharu, Terharu dengan kelembutan dan kehambaan seseorang raja, Terharu dengan keinginan seorang perajurit yang benarbenar inginkan syahid, Terharu dengan keyakinan dan ketakwaan hamba kepada penciptaNya,
Sebuah naskah yang penuh dengan aksi, Aksi di dalam naskah ini digambarkan dengan sangat baik dalam bentuk penulisan, Hingga SH terasa turut berada dalam pertempuran tersebut,
Sebuah naskah yang wajar dibaca dan difahami serta dijadikan iktibar, Bagaimana rosaknya dunia angkara tangan manusia sendiri, REPOST REVIEW
Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam
Tak nak buat 𝘳𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 karangan, 𝘫𝘶𝘴𝘵 nak cakap yang karya penulisan Tuan Hilal Asyraf ni sungguh 𝙊𝙐𝙏𝙎𝙏𝘼𝙉𝘿𝙄𝙉𝙂!!!.
Lompatan satu 𝘴𝘤𝘦𝘯𝘦 ke 𝘴𝘤𝘦𝘯𝘦 yang lain memang cantik tersusun, tak meleret dan penuh terperinci penulis bagi penerangan,
Di pertengahan penceritaan, ada satu kejadian yang akan memberi impak besar kepada keseluruhan jalan cerita, Dari sini, 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘴𝘵 yang berselangseli akan dihidangkan kepada para pembaca,
Cuma nya 𝘤𝘭𝘪𝘮𝘢𝘹 agak kurang 𝘬𝘪𝘤𝘬 sedikit bagi aku, Apapun, ni hanyalah pendapat peribadi aku sebagai pembaca,
Pada pengakhiran nya, semua yang berlaku dalam buku Takdirmerupakan satu permulaan kepada sesuatu yang lebih besar dalam menentang penguasaan Sang Ashura dan JeneralJeneral kelak.
.
𝙄𝙯𝙧𝙖𝙮𝙚𝙡 𝙅𝙪𝙣𝙟𝙖𝙠𝙞 𝙗𝙮 𝙛𝙖𝙧 𝙝𝙖𝙨 𝙩𝙝𝙚 𝙗𝙚𝙨𝙩 𝙘𝙝𝙖𝙧𝙖𝙘𝙩𝙚𝙧 𝙙𝙚𝙫𝙚𝙡𝙤𝙥𝙢𝙚𝙣𝙩,