Acquire Today Seadanya Kamu Authored By Iman Xara Readily Available As Digital Paper

Sinopsis:

Julia dia mangsa ketidakpuasan hati seorang teman serumah sewa, Dia punya keluarga yang bahagia, dia punya kesenangan yang disediakan oleh ayahnya, seorang businessman yang berjaya, Dia punya paras rupa yang bisa menawan hati sang jejaka yang memandang, Namun dia punya satu 'kekurangan', Dia lantang bersuara menegakkan prinsip hidupnya, Jika dia tidak suka, dia akan bersuara, Lantaran kelebihan dan kekurangan yang dimilikinya, dia dianiaya,

Natijahnya dia harus pergi meninggalkan sahabatsahabat baiknya, Meninggalkan bangku kuliahnya. Dan meninggalkan si dia yang dia mulai jatuh sayang, Ya, dia harus pergi demi maruah dan harga dirinya,

Keberadaannya di Pusat Jagaan AlHikmah membuka matanya, Ya, dia adalah mangsa. Dia tidak bersalah! Dia tidak pinta nasib yang sebegitu namun itulah yang dia harus hadapi, Di Pusat Jagaan AlHikmah dia belajar membina jati diri, dia harus bangkit dari kisah silam yang kelam lagi menyakitkan,

Zulfa amp Aswad mereka pasangan suami isteri yang tidak dianugerahkan insan bernama anak walaupun sudah lebih tujuh tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Mereka rindukan tangisan anak kecil, Naluri keibubapaan yang tumbuh subur dalam diri mereka membuatkan mereka nekad untuk mengambil anak angkat walaupun pada awalnya hasrat itu tidak disenangi oleh ibu mertua Zulfa.


Damia Azwa hadirnya walaupun tanpa dipinta, namun dia menjadi permata hati Zulfa dan Aswad yang rindukan si kecil, Bahkan si kecil ini juga menjadi penyambung ukhwah dua keluarga,

Firas dia lelaki yang tidak pernah mengenal erti putus asa, walaupun dia dilayan endah tak endah oleh si dia yang telah membuatkan hatinya jatuh cinta.


Julia, dia harus bangkit walaupun dia tahu jalan hidupnya tidak lagi semulus yang dia anganangankan, Dia menyambung kuliah yang terbengkalai di pertengahan jalan di pusat pengajian swasta, Trauma dengan kisah silam dia membina tembok pemisah agar peristiwa hitam tidak lagi berlaku padanya,

Bertemu kembali dengan Hawa yang dia kenal di Pusat Jagaan AlHikmah, yang juga senasib dengan dirinya sedang meniti bahagia bersama suami tercinta membuatkan dia juga impikan bahagia.
Namun masih adakah insan yang sudi terima dirinya seadanya Dan pabila ada tangan yang sudi menarik dia keluar dari kelam semalam, ikhlaskah si dia Namun sampai bila dia harus begitu

Bacalah anda pasti akan berbahagia dengan keputusan Julia


Resensi saya:

Karya terbaharu garapan Iman Xara ini berjaya membawa saya ke satu 'daerah' yang menggugah jiwa dan raga.
Isu anak yang tidak sah taraf menjadi nadi utama dalam naskhah ini, Ya, tak semua yang lahir di dunia ini atas kedurjanaan si ibu dan ayah yang tidak bertanggung jawab, Ada dalam kalangan anakanak ini daripada rahim si ibu yang menjadi mangsa pemerkosaan tanpa rela,

Iman Xara berjaya membawa saya menyelami suka duka, jerih perih yang harus Julia lalui sepanjang jalan mencari bahagia, Bagaimana sukarnya Julia memulihkan semangat dan harga dirinya, saya turut terkesan sama, Lantaran sukarnya dia menerima salam perkenalan daripada manamana jejaka, saya maklum sebabmusababnya, Ya, dia rasa rendah diri, Dia rasa dia tidak layak untuk sesiapa jua, Begitu sekali Julia memenjarakan dirinya,

Membaca naskhah ini, kita dihidangkan dengan isu anak tidak sah taraf, Sesungguhnya mereka insan kecil yang dilahirkan suci bersih dari dosa, ibu bapalah baik kandung mahupun keluarga angkat yang mencorakkan sahsiah mereka sebagai khalifah ataupun perosak di muka bumi ini.


Iman Xara buat saya jatuh hati pada Firas yang tidak pernah kenal erti putus asa walaupun dia sedar bilabila masa dirinya akan di'reject' oleh Julia.
Dan saya sukakan idea abang ipar Firas, iaitu menghadiahkan sepasang kurung sutera biru, andai tidak sudi, kembalikanlah kepada si pengirimnya dan nescaya dia tahulah bahawa dia ditolak secara halus.
Dan saya sukakan tindakan Julia dengan memulangkan kurung sutera biru itu, . . suspens Hehehehe

Secara keseluruhannya saya sukakan karya Iman Xara ini, Sesungguhnya sokongan dan dorongan ibu bapa, ahli keluarga serta sahabat handai adalah ubat yang paling mujarab untuk mereka yang pernah tersasar kembali mendepani hidup yang penuh onak liku ini dengan penuh semangat juang.
Sebagaimana Julia yang mampu berdiri teguh walaupun sesekali peristiwa hitam menjengah benaknya,
kisah mangsa rogol yang keliru dgn rasa hatinya, antara harapan yg telah lama dipendamkan,maruah yg tercalar dan menggangu kehidupannya, mangsa rogol tu pulak, mempunyai anak, . . sesungguhnya anak yg dilahirkan itu suci dan tidak berdosa, . Adoi hemmmm . Apa eh ML nak ckp pasal novel ni, Ternyata teaser yg di keluarkan Oleh JS mmg menarik minat ML, Boleh kata mmg tertarik kebaboo, . . Naknak part tu yg mmg sgt bagus, Punca segala permasalahan. Tapi, Sayangnya, novel ini terlalu slow, Berkalikali ML menguap semasa membacanya, Berulang kali juga ML Cuba Pujuk hati, x semua novel JS cam Gini, Betol. Tapi Kalo dah kerap kali Kena, nak buat McM mana kan

Apapun, ML suka Dgn permasalahan mereka, Dirogol Tanpa sedar. Bertuahnya seorg bernama Julia kerana dia dikelilingi org yg betulmemahami dia, Penceritaan cik penulis membuatkan ML agak terganggu, Kisah hidup Zulfa yg bersilih ganti Dgn kisah hidup Julia membuatkan ML sedikit menyampah dan bosan, Ini perasaan ML Sahaja ya, . X Ada Kena méngejar Dgn org lain,

Part menghantar kembali Baju kurung sutra biru tu, ML dah boleh agak dah, Hahahaha Walau pun sedikit x manis, tp, . . Masih boleh di terima. Cuma ML tertanyaTanya juga, McM mana Julia ni hadap situasi bila dia dtg nak jumpa Firas tp Firas x Ada,

Apapun haih X tahu nak ckp dah, . .

sebab tahu tema novel ini adalah berat sebab ia berkaitan dengan isu terkini, jadi,muka surat pertama agak perlahan, adalah dua tiga kali baca baru boleh baca sampai habis,

Wafiy suka Julia, Julia juga punya perasaan yang sama, tapi kerana sesuatu telah berlaku pada Julia, Julia hilang dalam hidup Wafiy secara tibatiba,

Kemunculan Firas cuba memikat Julia, Julia yang pula hilang keyakinan untuk rasa cinta dan sayang kerana kisah silamnya,

Zulfa dan Aswad penambah rasa dan mempunyai kaitan dengan kisah silam Julia,

keseluruhan cerita menarik, tapi boleh agak pengakhiran cerita, puas hati. yang tak puas hati pasal Eddy, macam tu je lepas,

Lepas baca sinopsis Kau Curi Hatiku, baru tahu pasal Arissa dan Zamil, tak baca lagi buku ini, hilang, nak beli dah tak terbit dah, puas cari. Iman Xara, seperti hasil karya yang lepas, Kau CuriHatiku menjadikan isuisu semasa sebagai input untuk menghasilkan sebuah karya yang sarat dengan teladan, Isu semasa yang hangat dan bagaikan belum ditemui jalan titik noktah ini merupakan medium yang bukan enteng yang telah diolah oleh penulis dengan tinta yang tersusun indah walaupun pada sudut
Acquire Today Seadanya Kamu Authored By Iman Xara Readily Available As Digital Paper
pandangan KakChik masih ada yang perlu diperbaiki.


Perjalanan hidp Julia yang tenangtenang sahaja sepanjang bergelar pelajar universiti tercalar sehingga dia tidak mampu lagi bertahan untuk meneruskan pengajian terjadi hanya kerana dendam teman serumah yang tersesat jalan hidup.
Silapnya Julia yang selalu bertegas dengan perkara yang benar telah menyebabkan dia menjadi mangsa Elis dan dirancang pula bersama Eddy, teman lelakinya, Kerana tidak mahu perkara itu terbongkar, Julia telah mengambil jalan untuk berhenti belajar dan memutuskan hubungan dengan sesiapa saja yang mengenalinya demi menjaga maruah diri dan keluarga.


Beruntungnya Julia yang digarap oleh Iman Xara kerana dia mendapat sokongan keluarga walaupun pada awalnya, ayahnya bagaikan tidak dapat menerima perkara tersebut, Julia terpaksa bangub kembali demi kehidupan yang lebih baik walaupun trauma itu tidak pernah luput dari minda, Sementelah dia tidak pernah memadamkan nama Wafiy di hatinya dengan ditemani mawar putih yang telah kering nan sekuntum itu, Tetapi bukan mudah juga untuk Julia merawat hati bila mana mengetahui Wafiy sudah memberi hatinya kepada bekas teman sekuliahnya, Farhana,

Bertahun penantian daripada Firas, bisakah melembutkan hatinya Apakah kehadiran Danisya telah mengubah arah tuju kasih sayang Aufa dan Aswad terhadap anak kecil Damia yang polos itu Kemunculan Aufa dan Aswad dari karya terdahulu penulis juga telah menambah rencah kehidupan dalam naskhah ini.


Tahniah kepada Iman Xara untuk karya yang cantik walaupun KakChik sedikit terbeban sehingga sekarang, bagaimana Julia tidak menyedari sesuatu yang tiada nilai gantinya dan bermakna sudah hilang darinya

Sangat suka kulit depan yang simple dan tenang itu
SK ni bagaikan satu cebisan pada novel penulis sebelumnya sitelinkKau Curi Hatiku.
Aku kata begitu kerana ada terselit tentang ArissaFirdaus di sini, Lagipun ada kisah tentang Zulfa dan Aswad, Pasangan ini kebetulannya saling bersangkutpaut dengan watak utama novel ni :D

Julia, gadis yang mandiri, Walaupun datang daripada keluarga yang agak senang dan kaya dengan kasih sayang dia masih gigih berusaha untuk mencapai masa depannya, Mungkin kerana itu dia mengelak untuk menyambut huluran cinta Wafiy, Bukannya tak menyukai Wafiy tetapi padanya citacita itu lebih hebat daripada cinta, Namun dalam meniti perjalanan hidupnya, dia terjatuh jua, Dek kerana dendam si Elis teman serumahnya hidup Julia kucarkacir, Dunianya tak seindah dulu, malah apa yang menyakitkan dia perlu meninggalkan segalagalanya termasuk Wafiy,

Mujur dia punya keluarga yang menjadi penyokong kuat, Walaupun pada mulanya ayahnya sendiri sukar menerima akan kenyataannya, Sejarah hitam itu perlu dikambus elokelok, Anaknya itu adalah anugerah yang paling bernilai, Sama bernilai dengan kehadiran Damia Kehadiran Damia pula umpama rahmat terutamanya buat Zulfa dan Aswad, Si kecil yang tak berdosa itu ditatang bagai minyak yang penuh,

Namun siapa sangka hati Zulfa berubah bila dia pula disahkan mengandung, Damia ditolak tepi. Alahai, kasihannya! Aku suka cara Aswad meladeni isterinya itu, Walaupun Damia hanya anak angkatnya, tetapi dia tetap jua tidak melupakan Damia, Si kecil yang mewarnai hidup mereka selama ini

Dan untuk Julia pula, hidup perlu diteruskan, Walaupun hatinya terkoyak seribu, semuanya perlu dijahit kembali, Tetapi siapa yang sudi menjahitnya Wafiy atau pun Firas Jeng jeng jeng, . . kehadiran Firas sememangnya aku tunggutunggu, Entahlah sejak akhirakhir ini, aku lebih suka kalau ada hero kedua dalam sesebuah kisah cinta kih

Novel ini membuatkan aku terfikir sesuatu, Seperti mana aku mengenali Duha, sitelinkLangsir Biji Remia, rasa luka itu tetap akan ada tetapi persoalannya sekarang, apakah kita mampu menerima diri kita seadanya
Julia amp Firas Orangorang tua selalu berpesan kan, sebagai seorang perempuan, selain menjaga tingkahlaku dan adab sopan, kita juga dituntut untuk menjaga tutur kata dalam pergaulan seharian kita.
Jika tersilap kata, mungkin musibah yang menanti kita, Nauzubillah.

Inilah yang terjadi kepada Julia, seorang gadis manis yang telah berjaya mencuri perhatian Wafiy, Namun atas dasar tidak mahu terlalu alpa dengan rasa cinta hingga menyebabkan pelajarannya terabai, Julia cuma memandang sepi huluran cinta Wafiy, Julia ni dikenali oleh kawankawan rapatnya sebagai seorang yang straight forward dan tegas, Atas sebab tegurannya pada teman serumah Elis yang sesuka hati membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah mereka, Julia didendami,

Kebaikan yang ditabur Elis kepada Julia dan temanteman serumah yang lain rupanya membawa musibah dalam hidup Julia, Pil tidur yang dimasukkan dalam minuman mereka, menyebabkan Julia dinodai tanpa sedar, Selepas dua bulan baru Julia sedar yang dia dah dinodai, Itu pun sebab dia jalani pemeriksaan doktor setelahbulan lewat datang bulan, Tak sangka boleh mengandung. Nak salahkan siapa Memang hilang punca sebab tak ada bukti yang boleh sabitkan Elis sebagai penyebab insiden tu, Kesian Julia terpaksa berhenti belajar dan pulang ke kampung sebab tak mahu tanggung malu, Cuma beruntungnya, Julia dapat sokongan daripada kawankawan serumahnya sebab mereka tahu Julia tak bersalah,

Pulang ke kampung, walaupun teruk juga Julia dimarahi oleh ayahnya atas kekhilafannya itu, mereka sekeluarga kemudiannya menghantar Julia ke Pusat Jagaan AlHikmah, Banyak yang Julia belajar di situ sehingga Julia selamat melahirkan Damia, Damia kemudiannya diserahkan kepada pasangan Zulfa dan Aswad kawan Arissa dalam novel Kau Curi Hatiku yang dah lama menanti kehadiran anak dalam keluarga mereka,

Tamat tempoh berpantang, Julia meneruskan pengajiannya yang tertangguh di sebuah kolej swasta, Di sini Julia mengenali Firas, Tapi dia tak cukup yakin nak buka pintu hatinya pada sesiapa disebabkan statusnya itu, Sebenarnya Wafiy juga masih diingati Julia sebab mawar putih pemberian Wafiy tu masih elok disimpan Julia,

Lalu, siapa agaknya pilihan Julia Yang penting, dapatkah pilihan Julia tu menerima masa lalu Julia yang hitam itu

Komen saya: Kisah ini banyak pengajaran untuk kaum wanita sekaligus membuatkan saya beringat untuk lebih menjaga tingkahlaku dan tutur kata selepas ni.
Sebab kadangkadang kita tak sedar, dengan hanya sebab kecil je masa depan boleh musnah, Nauzubillah. Tahniah buat Iman Xara untuk nukilan yang lebih mantap kali ini, Juga terima kasih atas peringatan yang diberikan, :



Julia amp Firas

Jalan cerita yang biasa saja, cuma part yang menarik ialah cara Firas 'melamar' Julia, sepasang kurung biru yang dikirimkan dan terpulang kepada bagaimana cara Julia memulangkannya kerana itulah jawapan kepada 'lamaran'nya itu.
Segunung debu pun, andai jatuh di kelopakmu, tetap dapat kucium harummu,

Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy, Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya, Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi, Baginya, biarlah dia mencapai citacitanya dahulu,

Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam, Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segalagalanya termasuk Wafiy tanpa sebarang kata, Dia ingin melupakan semua itu,

Di tempat baharu ini, Julia mengenali hati seorang Firas, Tapi, hatinya cukup takut untuk diharap dan mengharap, Malah, mawar putih pemberian Wafiy itu seolaholah mengikat hatinya daripada menerima cinta yang lain,

Pilihan diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada kurung biru itu dipakai atau dikembalikan ke pangkuan keluarganya, Apa yang harus dipilih Haruskah dia memberi harapan kepada Firas Atau dia perlu terus meneguhkan hatinya untuk Wafiy Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya dahulu



IMAN XARA menulis dengan bahasa dan susunan kata yang cantik untuk menelusuri kisah Julia dalam menempuh dugaan hidup dengan tinta yang berbeza dalam Seadanya Kamu.
.