Review Budaya Ilmu: Satu Penjelasan Articulated By Wan Mohd Nor Wan Daud Format Printed Matter
asas yang wajib dibaca jika kita adalah seorang pelajar, Another important publication by CASISHAKIM, A bit disappointed I missed buying the festschrift of alAttas, a bit of my saltiness is medicated by this good volume showcasing budaya ilmu or a culture of knowledge the author wish to expound upon.
Most of the volume are used to declare and outline the principles and mechanism to cultivate a culture of knowledge in our home country of Malaysia.
I found the chapters examining the culture of knowledge in medieval Andalusia and a brief outline regarding Nurudin alRaniri's Durr alFaridis especially instructive.
Tidak layak diri ini untuk memberi ulasan, Cukuplah dengan kenyataan bahawa aku begitu terkesan dengan buku ini, Sungguh masih jauh diri ini daripada mengamalkan budaya ilmu yang sebenar, Saya selalu menunda ingin membaca bukubuku anakmurid Syed Muhammad Naquib alAttas kerana saya fikir bukumereka sarat falsafah, Tapi tidak! Sangkaan saya meleset sama sekali, Buku ini seperti pencairan daripada falsafah tinggi Prof Syed Muhammad Naquib ditujukan khas untuk orang awam,
Saya rasa buku yang saya cuba hadam waktu sekolah menengah dahulu jauh lebih susah, misalnya buku Ameer Ali Api Islam terjemahan Spirit of Islam yang belum berjaya saya habiskan.
Walaupun mudah dihadam, tetapi gagasanyang dibawa sebenarnya gagasan tinggi yang memerlukan daya usaha yang luar biasa untuk bertapak dalam masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu.
Saya suka bab mengenai Sistem Nilai Budaya Ilmu dan Jelmaan Sejarahnya yang menggariskan nilaiberikut:
, mementingkan ilmu
. berkekalannya hasil ilmiah
. berterusannya usaha keilmuan
. hormatkritis terhadap ilmu
. kesinambungan ilmu
. kepimpinan
. bermusyawarah
. peranan wanita
Buku ini patut jadi bacaan wajib mahasiswa mahasiswi, malah mungkin patut dihuraikan di kalangan pelajar lepasan SPM dan yang bakal menduduki STPM sejak di bangku sekolah lagi.
Perjalanan ilmu peribadi tibaterasa sangatjauh! Susunan buku ini amatlah cantik, Bermula dengan teori budaya ilmu, kemudian pembaca dibawa pula kepada topik pelaksanaannya, susunannya hampir sempurna,
Tidaklah saya layak memberi ulasan mengenai buku yang hebat ini, melainkan memujinya kerana isinya yang sangatsangat bermanfaat,
Dan sekiranya buku ini dibaca secara meluas oleh masyarakat kita, pastinya budaya ilmu mampu terlaksana dan akan dihargai, Buku ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ilmu dan budaya ilmu melalui sudut pandangan alam Islam dan turut menyelit perbandingan dengan tamaduntamadun lain yang lalu.
Saya kagum dengan cara penulis mengupas konsep asas yang biasa dibincangkan seperti fardhu ain dan fardhu kifayah yang memperluaskan lagi maksud tersebut, Segar sungguh idea dan perbahasan Prof Wan Mohd Nor dalam karyanya ini, Penulis bermula dengan mengupas sejarah pembentukan tamaduntamadun besar dunia diikuti dengan konsep dan sistem nilai budaya ilmu itu sendiri,
Dua bab yang terakhir iaitu budaya ilmu di Malaysia dan cadangan pelaksanaannya sangatlah memuaskan, Antara kupasan yang menarik ialah :
konsep ilmu itu sendiri iaitu kemampuan individu untuk menghubung kait sesuatu sistem dan ma'na yang tiba padanya
bagaimana falsafah ilmu di Malaysia berubah pasca kemerdekaan daripada membentuk good human kepada utilitarianisme iaitu membentuk individu yang berguna/taat kpd negara.
distortion of knowledge, beza multipledisciplined and interdisciplined,
kajian yang menunjukkan bahawapenghasilan buku tahunan di Malaysia rataratanya ialah jenis buku teks, Ironi sekali denganpenghasilan buku di Korea yang rataratanya ialah jenis buku bacaan umum,
saranan utk mewujudkan program kepada politician, meningkatkan gaji para pendidik sebagai simbol penghargaan yang tinggi, merapatkan jurang ilmuan dengan pelajar sekolah, penubuhan team penterjemah supaya lebih ramai rakyat dapat memahami teksteks klasik dll.
membaca terjemahan buku yang baik jika difahami dengan cermat lebih baik daripada membaca sumber asal yang tidak mampu dicerna dengan betul,
jangan sampai pembaca sekunder menjadikan ilmu yang disampaikan oleh pengarang/maksud asal pengarang menjadi tidak jelas disebabkan pembaca itu lemah dalam pemahaman dan penyampaian mesej tersebut kepada masyarakat.
Buku ini sangat susah ditemui di kedaikedai buku kerana ia sudah lama ditulis dan tiada terbitan baru setakat ini, Mujur perpustakaan USIM ada menyimpan naskhah terbitan lama ini, Penceritaan berkenaan bab awal buku ini iaitu sejarah budaya ilmu beberapa tamadun besar dunia rasanya boleh didapati di laman sesawang, Habis membaca buku ini ketika sesi resensi buku Suri Membaca bulan April, Buku ini adalah edisi kemas kini dari buku Penjelasan Budaya Ilmu terbitan DBP oleh penulis pada tahun,
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini kerana banyak ilmu baru yang dapat dikutip di setiap helaian, Bagi yang biasa membaca bukubuku prof Wan Mohd Nor dan juga Prof Syed Naquib Al Attas, mungkin akan menemukan beberapa pengulangan dan penegasan,
Membaca karyakarya begini selalu menjadikan saya rasa kembali 'insaf' dan pentingnya memilih dan membaca bukubuku yang benarbenar memberikan ilmu dan bermakna demi tidak membazirkan masa yang sepatutnya.
Tapi, kadangkadang lepas beberapa ketika akan kembali alpa,
Buku yang sangat baik, Buku wajib ada di setiap perpustakaan rumah, Telah berniat mewariskan buku ini buat anakanak saya, Sungguh kenyang dengan perbahasan dan kupasan buku yang saya beli ini di PBAKL, Seminggu berakhirnya pesta buku, setebaldapat saya habiskan, Rugi sungguh penuntut mahasiswa dan pemikir tidak meneliti dan membaca risalah hebat ini,
Banyak pemikiran yang dikupas penulis antara yang saya paling suka konsep 'ingkar ilmu' oleh sesetengah pelajar, Ia bukan menolak kepentingan ilmu, tetapi merujuk fenomena tujuan menuntut, menyelidik, mengajar dan menyebar ilmu diselewengkan dan dipesongkan, Penulis telah menghuraikan dengan panjang lebar sikap martabat ilmu telah disalah ertikan untuk mengejar nama, pangkat dan menjadi bualan orang,
Antara yang diketengah oleh penulis, kesilapan keilmuan barat ialah 'penisbian ilmu' iaitu pemahaman ilmu terutama sains sosial tidak sejagat sifatnya yang boleh berubah/tidak statik mengikut sesuatu tempat.
Oleh itu, penulis bawakan isu islamisasi ilmuilmu semasa yang dijelaskan lebih terperinci dalam buku yang lain " Peranan Universiti, pengislaman ilmu semasa, penafibaratan dan penafijajahan"
Banyak contoh yang diberikan penulis sejarah budaya ilmu oleh ilmuan islam seperti imam alghazali, ibnu sina, alfarabi yang mana islam tidak membezakan antara yang kaya dan miskin.
Apa yang menarik, penulis cuba mengaplikasikan 'pohon rimbun ketatanegaraan Imam AlGhazali dalam kitab beliau 'nasihat almulk' kepada pohon perpaduan dan kesejahteraan negara Malaysia.
Beliau dengan pengaruh pemikirah SM Naquin AlAttas mahu para ilmuan mengkaji ilmu islam daripada ilmuan silam kemudian diolah dalam bentuk yang segar dan baru.
Beliau juga menegur para intelektual yang hanya membuat penyelidikan ke antarabangsa sedangkan manfaat untuk bangsa sendiri diabaikan,
Kata beliau " keghairahan menerbitkan karyakarya ilmiah di dalam jurnaljurnal luar negara atau institusiinstitusi luar negara kerana mendambakan pengiktirafan akan memiskinkam muti jurnaljurnal ilmiah dalam negara dan penerbitpenerbit ilmiah tempatan".
Sebelum ini saya pernah membaca buku Prof Wan berjudul sitelinkPembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Saya akui, ia membuatkan saya terpukau dengan gaya penulisan dan hujah yang tepat dan praktikal oleh Prof, Ini merupakan buku kedua beliau yang saya baca, Seperti yang kita maklumi, Prof, Wan merupakan anak murid rapat kepada tokoh intelektual besar di Malaysia iaitu Syed Muhammad Naquib AlAttas, Membaca buku Prof. Wan ibarat membaca ringkasan idea serta penerangan sharah kepada tulisantulisan gurunya itu,
Buku ini Budaya Ilmu merupakan buku yang wajar ditelaah oleh setiap kelompok masyarakat umumnya, serta goloongan yang terlibat dalam dunia keilmuan khususnya, Pada saya, ia ditulis dengan jelas dan tersusun itu membuatkan pembaca mudah untuk menggarap idea yang mahu disampaikan, Dari Bab Satu yang memperihalkan "Budaya Ilmu dan Tamadun" itu benarbenar mengujakan, Prof. membawa kita menyelami pelbagai tamadun di dunia seperti Tamadun Yahudi, Cina, India , Islam, dan Barat dengan mengaitkan budaya ilmu yang menjadi asas pembangunan tamaduntamadun tersebut.
Amat tertarik nilai yang diketengahkan oleh Prof, Wan iaitu sikap hormatkritis. Sikap HormatKritis itu perlu menjadi nilai yang perlu ada bagi mereka yang mengamalkan budaya ilmu dari sudut peribadi mahupun masyarakat, Hormatkritis itu ialah keberanian mencari kebenaran dengan menimba dan memperbaiki hasil pemikiran manusia terdahulu dan semasa, Hal ini wajar dikembangkan akan kerana kita melihat budaya yang tidak baik dalam masyarakat kita khususnya Muslim yang cenderung untuk menolak segala yang datang dari Barat sekaligus hikmah dan pengajaran yang dapat dijadikan tauladan.
Bukankah Nabi kita pernah menyuruh mengutip hikmah jika dijumpai, kerana ia merupakan barang yang hilang bagi orang mukmin, okay, tak nak hurai panjang ini,
Seterusnya Prof. berbicara berkenaan dengan gagasan Islamisasi Ilmu Islamization of Knowledge, Beliau membawa pandangan pandangan daripada peloporpelopor Islamisasi kontemporari seperti gurunya sendiri, Syed Naquib AlAttas, Ismail Raji' AlFaruqi, serta tokohtokoh falsafah Islam yang terdahulu seperti Ibn Sina, AlKindi, dan AlFarabi dengan berhujah bahawa nereka yang terdahulu itu sudah menggerakkan proses Islamisasi Ilmu ini meskipun tidak menamakannya sedemikian.
Akhir sekali, Prof, menyenaraikan lapan perancangan untuk melaksanakan budaya ilmu di Malaysia dan menujukan khususnya kepada tiga kelompok masyarakat iaitu pemimpin politik dan pentadbir, kumpulan guru, dan kumpulan ibu bapa.
Lapan cadangan yang dikemukan adalah berkaitan:
, Sistem nilai dan falsafah pembangunan negara,
. Penghormatan kepada ilmuwan dan pendidik,
. Merapatkan cendekiawan dengan masyarakat.
. Pembacaan bermutu.
. Peranan contoh pemimpin.
. Ilmu dalam membuat keputusan.
. Peranan media massa.
. Persediaan bahasa ilmu dan kegiatan terjemahan,
Akhirul kalam, buku ini merupakan buku yang wajar dibaca untuk saat ini, pada tahunbagi setiap masyarakat Malaysia dalam memupuk budaya ilmu yang sihat serta masyarakat demokratik bagi sesebuah negara.
Malah, meningkatkan usaha membudayakan ilmu itu lebih penting dan utama daripada membuat perubahan politik sekalipun menggunakan nama agama, Kerana manamana pembangunan sesebuah negara atau tamadun yang tidak mempunyai budaya ilmu yang kuat dan mendalam, ia tidak akan mampu bertahan lama, sebaliknya menuju kelembah kehancuran dan kebinasaan! Pencerahan tentang makna konsep budaya ilmu oleh Prof Wan Mohd Nor sangat mengesankan fikiran saya.
Wajib dibaca oleh pencinta ilmu, mahasiswa dan pelajar, Barubaru ini dunia telah digegarkan oleh seorang remaja perempuan di Sweden, Greta Thunberg berumurtahun yang ponteng sekolah kerana turun untuk protes kerana kebimbangannya tentang perubahan iklim yang mendadak hari ini.
Thunberg tidak seperti orang lain tahu tentang perkara ini tapi membiarkannya, Baginya dia cukup sedar dengan perubahan iklim yang menggila ini dan membuatnya untuk turun aksi,
Saya kagum dengan semangatnya yang penuh berprinsip, kesedarannya dan keresahannya, Jika melihat kebelakang sewaktu saya remaja, umurtahun saya masih tak tahu apa itu perubahan iklim dan masih tertanya tanya apakah kaitan hidup saya dengan jadual berkala kimia ini.
Saya tak segan mengakuinya santai saja,
Kesedaran yang berlaku dalam diri Thunberg bukanlah kerana dia mendapat wahyu Tuhan melainkan saya pasti ini adalah hasil didikan dan budaya ilmu yang telah disemai sedari awal lagi.
Lalu persoalan yang penting timbul bagaimana untuk menyemai budaya ini
Prof Wan dengan cemerlangnya memberi huraian yang panjang lebar peri pentingnya budaya ilmu sebagai asas membina tamadun.
Tamadun Islam cemerlang kerana budaya ilmunya kemudian Tamadun Barat mengambil pelajaran dari situ kemudian mengembangkannya mengikut acuan mereka sendiri, Tetapi malangnya budaya ilmu ini dalam lingkungan masyarakat Islam semakin ditinggalkan,
Saya mencadangkan untuk sesiapa saja membaca buku ini sebab di dalamnya terkandung buah fikiran yang bagus untuk samasama kita renungi dan baik untuk kemajuan diri sendiri.
Buku ini dibaca atas saranan dari senior yg sedang ambil master di Jabatan Akidah, .
Katanya kalau nak mudah faham karyaNaquib AlAttas, mula dengan buku ini, Sebab prof anak murid Naquib Al Attas, .
Tapi saya pun mcm awak juga kenal dan baca buku prof al attas dulu, Huhu.
So, buku ini seperti tajuknya, Prof menjelaskan mengenai konsep budaya ilmu dan ciricirinya, Prof mengetengahkan ciribudaya ilmu dalam beberapa tamadun dunia terdahulu seperti tamadun yunani yg kita akui memberi pengaruh yg besar kepada perkembangan ilmu, .
Oh ye. Buku ini adabab. Babmenceritakan budaya ilmu dan tamadun, Babmenceritakan konsep budaya ilmu, Babsistem nilai budaya ilmu dan jelmaan sejarahnya, Babislamisasi ilmuilmu semasa. Babbudaya ilmu di alam melayu, Babperlaksanaan dalam masyarakat. BabBudaya ilmu institusi, prof bawakkan contoh ISTAC, Babepilog.
Buku ni mmng best sebab kita selalu berbicara tentang ilmu, Tapi apakah betul ilmu yg kita anggap ilmu itu adalah dikira ilmu di sisi Islam Buku ini punya jawapannya, Penulis menegur budaya ilmu yang keliru dalam kalangan masyarakat hatta mahasiswa itu sendiri, Penulis turut menghuraikan nilainilai yg perlu ada dalam sesuatu budaya ilmu antaranya hormatkritis terhadap ilmu dan kesinambungan ilmu, Dan yg menarik prof juga meletakkan musyawarah dan peranan wanita dalam nilai penting yg perlu ada dalam sesuatu budaya ilmu, .
Prof turut menegur sikap setengah masyarakat yg bersikap xenophobia, Iaitu sikap yg terlalu kritis terhadap tamadun lain sampai menimbulkan kebencian dan membutakan diri kebaikan yg ad pada tamadun tersebut, Sedangkan memjadi muslim kita boleh belajar dari sesiapa sahaja, .
Selamat membaca!. Buku ini merupakan edisi kedua karya yang pernah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka padadan diulang cetak sebanyak tiga kali, Edisi ini mengandungi dua bab baru, Kekeliruan dalam usaha memartabatkan budaya ilmu
untuk mencetus keghairahan mencari ilmu dan membina diri insan, masyarakat dan tamadun, boleh menyebabkan kejayaan jitu gagal tercapai: ia tersekat di tahap superficial, atau bersifat duniawi, kerana kurang mengambil kira unsur lain seperti akhlak dan keadilan, walhal dalam Islam, ilmu dan iman berkait rapat.
Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud mengupas konsep budaya ilmu, serta menjelaskan takrif dinamik berkaitan fahaman Islamisasi ilmuilmu semasa bermula dengan menyorot pelbagai bangsa dan tamadun, lalu membicarakan ciri yang boleh diteladani dan pertalian antara jatuh bangun sesuatu kaum dengan budaya ilmunya.
Keperluan dan aspek praktikal dalam memupuk budaya ilmu dan satu contoh institusi yang menjelmakan gagasan budaya ilmu turut dibincangkan, .