Read For Free Sebongkah Batu Di Kuala Berang Illustrated By Faisal Tehrani Formatted As Digital Format

awal Sebongkah Batu di Kuala Berang memang pantas mengingatkan kita terhadap novel Jukstaposisi karya Hizairi Othman tetapi nuansa Islam dan gaya wacananya menjadikannya bergerak pada dua landasan yang hampir sama tetapi destinasi berlainan.


Namun karya Faisal Tehrani pasca Persuratan Baru dengan karyanya seperti Cinta Harihari Rusuhan dan Perempuan Politikus Melayu, menuntut kesabaran yang lebih kerana novel mutakhirnya tampil dengan cerita yang tidak lebih daripada kerangka yang boleh ditukar ganti.


Wacana tentang perfileman dalam faham Islam boleh saja diletakkan dalam cerita yang lain kerana watak dan plot yang mendokongnya tidak lagi menduduki keutamaan dalam menghantar idea pentingnya.


Kemasukan Islam ke Nusantara dan idea Islam thaqafi menguasai novel ini sehingga kita seperti membaca sebuah esei panjang yang isinya diselangseli dengan sedikit cerita tentang watak.


Bagaimanapun, wit Faisal Tehrani masih kekal, sesekali pengarang kelahiran Melaka ini menyindir watakwatak dalam industri hiburan kita, sekali gus menjadikan banyak rujukan silang dengan gosip dan cerita artis tanah air.


Kerana gosip dan cerita artis itu boleh dikatakan agak basi, maka wit seperti itu tidak menjadi seperti yang sering kita baca
Read For Free Sebongkah Batu Di Kuala Berang Illustrated By Faisal Tehrani Formatted As Digital Format
dalam cerpen Faisal Tehrani yang meminjam gaya realisme magis.
Dan pada beberapa tempat, beberapa adegannya sangat terawangawang seperti kejayaan filem dokudrama Sebongkah Batu di Kuala Berang,

Kerana cerita itu sendiri tidak penting, maka penyudahnya juga tidaklah juga memberikan kesan yang besar kepada keseluruhan novel ini, Mungkin itulah yang dimaksudkan penyudah yang tidak disangka pada blurb novel ini!

Wacana dan ilmu dalam karya memang penting tetapi ia tidaklah sampai perlu mengorbankan kreativiti dan estetika bentuk, sebaliknya ia sepatutnya lebih baik kerana untuk memberikan keseimbangan dan tarikan kepada pembaca untuk terus menyelongkar gagasan besar pengarangnya.
Kerana itulah saya hanya memberikan dua bintang kepada Sebongkah Batu di Kuala Berang,. Berhempas pulas mencari buku yang khabarnya sudah dibanned daripada pasaran, Setelah bertanya di Twitter dan menggunakan enjin carian, aku dapat beli naskah ini dengan penghantaran percuma daripada MPH Online,

. Dari sudut pembacaan, naskah ini perlu dibaca dengan minda yang bersedia untuk menapis apa yang kita pegang sendiri, Sejujurnya, Faisal Tehrani adalah penulis yang aku suka sejak zaman "Kerana Manisnya Epal" salah satu cerpen dalam KOMSAS serta catatan ringkas beliau dalam majalah Fokus SPM yang aku langgan setiap bulan dahulu.


. SBdKB ini menyorot pandangan anak muda tentang apa yang mereka pelajari dan cara mereka mahu melunaskan dalam projek mereka, Selain daripada bahasa yang agak skema untuk perbualan dengan rakanrakan, ini naskah yang baik pada aku selepas beberapa buku Faisal tehrani yang lain,

Nota Peribadi :

Lebih banyak orang haramkan buku, lebih ramai orang akan sibuk dan gila mencari, Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam, Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu, Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi, Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir, Dalam tuntutantuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka, kena dengan waktu ini dimana saya dalam usaha untuk mengeluarkan satu filem pendek, sedikit sebanyak, saya belajar serba sedikit tentang pembikinan filem, walaupun tidak menyeluruh,

novel ini, komentar awal yang diberikan oleh mak saya, seorang pembaa novel yang tegar, adalah hambar, kalau merujuk pada jalan ceritanya yang agak ringkas, ya, saya mungkin bersetuju,
sepertinya dalam karyanya yang satu ini, fokus Faisal Tehrani adalah lebih kepada isi kandungan, tanpa menitik beratkan jalan cerita, kebiasaannya, dua aspek ini, dalam karyakaryanya yang lain, seimbang, tetapi itu bukanlah satu kelemahan yang besar, tema dan persoalan yang ingin disampaikan jelas, tentang Islam tsaqafi, tentang budaya dan Islam, tentang 'kuasa' media untuk mengubah masyarakat,

dan, ya, saya sangat bersetuju dengan semua idea beliau memandangkan saya memikirkan perkara yang sama, cuma tidak diterjemahkan ke dalam bentuk karya sebegini, jadi, proses pembacaan tidak terlalu bosan sebenarnya kerana seringkali saya seperti,
"ya, aku setuju, sama macam apa yang aku fikir, "
tetapi buat mereka, yang mana idea ini tampak baru, mungkin mereka akan merasakan sedikit bosan tatkala cuba menghabiskan cerita ini,

seperti biasa, karyanya sarat dengan fakta, dan penekanan pada ilmu sungguh mendalam,
saya menghabiskan novel yang nipis ini dalam masa yang agak lama atas alasan kekangan masa yang tidak mengizinkan,

bintang untuk karya ini, buang satu bintang atas penceritaan yang kurang mencengkam minat pembaca, hehe. Entah kenapa saya rasa penulisan FT kali ini agak bernada lembut, provokasi yang mudah, berfakta dan bertoleransi, Dalam banyak keadaan, setiap perdebatan diseimbangkan dengan fakta bertentangan lantas membiarkan pembaca melakukan inferens sendiri, FT tidak pernah gagal membuatkan saya bangga menjadi Melayu dan Islam Q U O T E


“Saya berpendapat tulisan jawi pada batu bersurat Terengganu adalah yang tertua yang dapat dianalisis.
Bahasa Melayu yang digunakan adalah campur aduk bahasa Melayu kuno, Sanskrit dan bahasa Arab, Ejaannya malah arkaik. Saya bersetuju dengan Shellabear yang mengatakan sifat tulisan jawi pada batu bersurat Terengganu itu adalah sifat tulisan dari rantau Melayu sendiri tetapi terpengaruh oleh tulisan bahasa Arab, Ini yang menarik. ”



"Ya, kerana bentuk tertua tulisan dalam
bahasa Arab adalah khat kufi, Naskhahnaskhah awal alQuran menggunakan khat tulisan ini, Apabila Islam tersebar, bentuk tulisan kufi ini ikut tersebar sama, Tetapi mulai akhir abad ke, tulisan kufi tidak berapa digunakan lagi tetapi bentuk naskhi yang lebih banyak digunakan, Batubatu nisan di Pasai, atau di Gresik misalnya dikesani menggunakan khat naskhi, Tetapi tulisan pada Batu Bersurat Terengganu tidak kufi, tidak juga naskhi tetapi cenderung ke arah ta'liq atau lebih dikenali sebagai nasta'liq, Abdullah Zakaria Ghazali dalam bukunya 'Terengganu Dahulu dan Sekarang' mengatakan khat nasta'liq ini datang dari Parsi, Jadi kemungkinan besar pembawa Islam ke Terengganu adalah orang Parsi, "
Dato' Fendi Mungkin saat kita menamatkan pembacaan novel ini, kita bakal merasakan kisah ini tergantung, kisah ini tunggang langgang dan tidak memuaskan langsung nafsu yang membuakbuak inginkan sebuah penceritaan yang lengkap, ada klimaks dan sebagainya.
Tetapi sebagaimana idea yang diangkatnya, begitulah jalan cerita novel ini,


Menyampaikan a slice of history dalam bentuk novel dokumentari, yang penuh dengan wacanawacana ilmu yang padat dan mengujakan, Saya mahu memetik tulisan penulis sendiri di dalam karyanya yang lain, Perempuan Nan Bercinta, di mana novel Sebongkah Batu di Kuala Berang ini ibarat satu denai kecil yang membawa ke lebuh raya yang lebih besar dan semacam tiada penghujung.



Namun begitu, saya berpendapat masih ada yang boleh dirungkaikan, yang dikupas satu demi satu yang tidak dilakukan oleh penulis, Tidak tahulah saya andai penulis sememangnya mahu tamatan begitu mengikut kehendaknya sendiri ataupun mengikut kehendak penerbit yakni PTS Atau penulis mahu pembaca sendiri yang sudah terbuka mindanya, yang sudah menjadi cakna, mengambil inisiatif sendiri untuk lebih mengkaji serta memahami Wallahualam.
.bintang

Ringkas kisah ini tetapi sarat dengan pengisian ilmu, Naskhah Sebongkah Batu di Kuala Berang yang diangkat menjadi filem dokumentari drama oleh sekumpulan pelajar tahun akhir Akademi Seni Islam, Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu,

Selain kajian terperinci dari pelbagai sudut yang diperlukan oleh para pelajar tersebut, timbul juga masalahmasalah dengan pelakonpelakon yang dipilih untuk membawa watakwatak dalam filem tersebut, Susah betul nak mengajar orang yang tidak mahu diajar dan berasa diri sudah begitu bagus,

Novel ini novel wacana, Faktafakta dikemukakan dalam bentuk penceritaan, Sesuailah dengan saya yang cuma membaca bukubuku ilmiah sekalisekala sahaja, bila ada manamana buku yang dapat menarik perhatian untuk dikhatamkan, Cuma terasa agak tergantung apa yang cuba disampaikan penulis, Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu, Islam tsaqafi. Juga berkenaan Batu Bersurat di Kuala Berang, Mungkin kerana ini karya yang ringkas,

Ilmu saya cetek, Saya cuma membaca bukubuku yang diterbitkan hasil kajian orang lain, Tetapi saya tertanya. Karya Faisal Tehrani ini pernah diharamkan JAKIM Mungkin kerana unsurunsur ahlul bait itu, Tetapi bukankah itu fakta yang benar Yang terdapat dalam bukubuku ilmiah yang dihasilkan oleh para pengkaji sejarah, Mungkin kerana itu saya dapat menerima pandangan yang dikemukakan FT dengan hati dan fikiran yang terbuka, I had great hopes for this one, But words fail me. This is a Faisal Tehrani offering Almost impossible to comprehend,

Dry. Reads like an academic paper, Plot was nil. I can almost see the Tehraniyuns glaring at me with daggers in their eyes, So sue me. Sebongkah Batu di Kuala Berang, karya Faisal Tehrani diterbitkan, Membawafokus utama iaitu kisah/ sejarah Batu bersurat Terengganu amp bagaimana mengangkat Islam melalui medium perfileman, Batu bersurat Terengganu yg bukan batu biasa tapi batu yg menjelaskan perihal keislaman di nusantara kita, Batu yang menjadi pemisah jelas era gelap dan era cerah, Sarat dengan fakta yang diselitkan melalui cerita wataksekelompok anak muda yang menuntut di Akademi Seni Islam yang berusaha menyiapkan dokumentari drama yang mengkaji mengenai kedatangan Islam ke Tanah melayu.
Mereka menyahut cabaran untuk menjadikan perfileman sebagai medium dakwah, agar dakwah tidak terhenti sekadar di masjid, Memilih pelakonyg tidak 'islamik' sebgai salah satu cara untuk mentarbiyyah mereka, Penulis mengetengahkan konsep Islam tsaqafi iaitu pendekatan agama dgn wawasan budaya sebagai contoh medium perfileman yg telah menjadi budaya kita hari ini, Menekankan bahawa filemyg dihasilkan seharusnya menjadikan penontonnya 'pandai' bukan sekadar hiburan semata, Sahabatbidang sejarah amp perfileman, mungkin boleh jadi kan buku ini sebgai bacaan santai di petang hari, Disclaimer :
Ia semestinya memerlukan sebuah mindset atau mentaliti yang kukuh dan berani apabila membaca apa sahaja karya tulisan Faizal Tehrani ini, Sebagai seorang berpegangan Ahli Sunnahwaljamaah, saya seharusnya dahulu perlu tidak sedikit banyak memperadakan pengetahuan apakah itu "syiahism", sebagai penapis dan perisai bagi minda dan hati saya dari disesatkan oleh kehalusan apa sekalipun unsur itu dari pena Faizal Tehrani.
Nawaitu saya membaca karya beliau wallahi tidak lain bagi menambahkan ilmu, menajamkan fikiran dan memperluaskan pandangan, Kerana terbukti nya Faizal Tehrani dianugerahkan Allah dengan akal yang sangat pintar bagi mengasah kita dengan tiap karyanya,

:
Sebongkah Batu Di Kuala Berang adalah sebuah novel sarat ilmiah sebenarnya, Ia tidaklah menyandarkan atraktifnya pada cerita, tapi pada pengisiannya, Seorang pembaca yang tidak mendahagai ilmu pastinya merasakan buku ini sebagai karya yang teramat membosankan, Pada mulanya, diakui kebosanan itu ada, Novel ini memerlukan masa bagi pembaca menangkap satu cararasa yang lain untuk menikmatinya, Perlunya ada kenafsuan pada kemahuan mempertajamkan fikiran, dan ingin tahu,

Helaian demi helaian disebak dan diteladani, hingga penceritaan dalam buku ini cuma hiburan sampingan dilapiskan pada saratan filosofifilosofi yang ditimbunkan Faizal Tehrani, Lantas ia bagaikan menebak sebuah thesis seorang graduan Phd, dengan sedikit garam dan gula cerita,

Pengakhiran novel ini juga tidak diberikan sesuatu impak oleh penulis, yang lagi menjelaskan bahawa karya ini bukannya karya untuk menghibur segala, tetapi lebih kepada warkah ilmiah,

Ilmiah, filosofi, sejarah, dan fakta subjektif, dari sudut fikir dan pandang penulisnya, Faizal Tehrani, Ini novel kontroversi. Pada awalnya novel ini tersenarai dalam bukubuku haram yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa, Tetapi anda perlu ingat, tidak semua fatwa diwartakan, Maka buku ini masih boleh dibaca, Mungkin cara sembelihannya tak betul, Jadi sekiranya anda was was, jangan baca, Semudah itu Biasanya perkara yang haram itu sedap, itu bagi mereka orangorang kafir yang mana sedap pada awalnya dan sengsara kemudian hari,

Banyak juga hujah yang menyatakan ianya haram kerana penulisan pengarang berbau syiah dimana negara Malaysia mengikut imam shafiee,

Saya tak tahu nak hujah perkara tersebut kerana saya sedang berada di luar kotak, Perlu ingat bahawa novel ini adalah fiksyen,

Jadi membaca novel ini adalah bahaya bagi botbot kecil, Sila dapatkan panduan sekiranya ada kemaslahatan tentang isi kandungannya,

Ok. saya perlu ulang baca sebab karya ini sangat berat bagi orang bukan sastera macam saya,

Wallahu 'alam. .