aku katakan , inilah karya pertama daripada penulis yang aku baca, Walaupun jalan cerita seakanakan seperti satu kes pembunuhan berprofil tinggi yang pernah menggemparkan negara di awal tahundahulu , namun aku percaya penulis hanya menginspirasikan kes itu sahaja, Jelas penulis cuba untuk membuatkan kita tertanyatanya siapakah pelakunya, Sedih mengenangkan pengakhiran Norazlin sebegitu rupa, Bagi watak farouk , aku hilang kata, Pengkianatan seorang suami yang bagiku adalah satu pembohongan terbesar dan mencabar hati seorang isteri, Tabahnya seorang Suhaila , disaat emosi dan naluri seorang ibu dicabar oleh sang suami, Hailah hilang kata. tidak sabar untuk membaca karya lain daripada penulis ini, Ambil masahari untuk habis kan membaca, .
Menarik seperti yang di ulas oleh reviewer lain, .
Cuma ending nya agak geram sebab sampai ke sudah tak tau siapa pembunuh/yang mengupah pembunuh tu,'¼ Bila membaca novel ini aku tak dapat mengelak daripada terkenang kembali kisah pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang mendapat liputan meluas suatu ketika dulu, Terdapat beberapa persamaan antara cerita dalam novel ini dengan kes pembunuhan tersebut,
Norazlin gadis yang cantik, Namun sayangnya dia sudah salah dalam percaturan hidupnya, Menggunakan kecantikannya sebagai aset untuk menjerat lelakilelaki kaya, Bukan kasih sayang yang diingininya tetapi dia cuma mahukan wang ringgit, Walaupun berpendidikan tinggi dan berkerjaya tetapi hatinya tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, Dia mahukan kekayaan yang tiada taranya,
Likuliku hidupnya memang penuh ranjau, Mungkin itu dugaannya kerana dirinya yang memilih hidup yang sebegitu, Pertemuannya dengan Farouk membuatkan hati yang beku kembali mencair, Dia rasa kesunyian. Apa gunanya harta berguni kalau hidupnya tiada erti Dia sudah pandai merindu, Sudah pandai merayu. Mahukan Farouk tetapi malangnya lelaki itu sudah pun berkeluarga,
Norazlin ingin kembali pada fitrahnya, Tetapi ruparupanya amat payah untuk dia kembali ke pangkal jalan, Ada banyak duri yang menghalang langkahnya, Sehebat mana tipu daya Norazlin dalam memancing semua Datuk dan Tan Sri yang terkulai di pelukannya, sehebat itulah juga likuliku yang harus ditempuhinya, Demi perjalanan untuk mencari kebenaran, nyawanya yang dipertaruhkan,
Novel ini menggunakan empat fragmen yang berbeza, Ada Norazlin, Farouk dan Suhaila, Tanda itu kerana aku sendiri tak pasti siapa gerangannya, Sepertimana kesudahan cerita ini. Ianya dibiarkan menjadi tekateki. Siapa sebenarnya dalang pembunuhan Norazlin Mungkin ramai bekas kekasihnya mahu dia itu mati, tetapi siapa
Novel yang berunsurkan pembunuhan dan penyiasatan ini memang menjadi trend ARA sejak dari dulu lagi.
Secara keseluruhannya, karya ini memang tidak mengecewakan dan pada aku, kiranya tak rugi untuk dijadikan koleksi,
Alahai penamatnya sedikit buat aku kecewa, . . pembunuhnya masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat sedikit gambaran dalam Epilog mengenai seorang lelaki bertubuh tegap sedang makan, . . malahan penyiasatan yang di lakukan oleh pihak polis tidak menyeluruh, . . kenapa tak di siasat duit/wang yg di terima oleh Norazlin tu, . .
Novel setebalm/s ini menggunakan sepnuhnya bahasa baku amp terdapatBahagian iaitu Norazlin, Siapa, Farouk amp Suhaila, . . watak utamanya Norazlin yang cuba keluar dari kepompong maksiat dalam menjalin hubungan dengan orangkenamaan menghadapi pelbagai masalah amp musibah, . . di ugut oleh seorang Dato', ancaman drpd isterimereka,sedikit sebanyak penulis berjaya mencuit emosi simpati aku kpd Norazlin, . . amp kadangkala aku rasakan Norazlin ni sengaja mencari masalah, . .
Sedikit unik tatkala penulis mengetengahkan watak demi watak dalam penceritaan, bermula dengan Norazlin, Farouk amp Saleha, . . membuatkan aku dapat memahami situasi wataktersebut, . . selain pembunuhan, terdapat sedikit kisah pencitaan antara Farouk amp Suhaila amp konflik rumah tangga, . . apapun masih boleh di layan, . . Novel pracetak karya terbaru Abdul Rahim Awang ini aku beli semasa di Pesta Bukutempoh hari, Aku telah mengenetepikan novelnovel yang lain untuk membaca novel ini, Bukannya apa, aku sememangnya suka membaca hasil karya beliau,
Novelnya kali ini mempunyai empat fragmen Azlin, Farouk dan Suhaila, Penulis menggunakan Azlin sebagai watak utama, di samping memuatkan pelbagai kisah di dalam penulisannya antaranya perlacuran, sugar daddy, kecurangan, nafsu, seks, GRO, penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkedudukan dan berpangkat serta bagaimana pihak polis mengendalikan sesuatu kes.
Secara keseluruhannya, karya terbaru Abdul Rahim ini memang tidak mengecewakan dan pada aku, novelnovel beliau telah banyak memberi aku pengajaran tentang kehidupan, Tak rugi untuk dijadikan koleksi, Sebenarnya nak bagi.jer.
Dalam buku ni terbahagi kepadabuku, Rasanya sedap lagi kalau digantikan dengan 'Babak', Norazlin, Siapa, Farouk dan Suhaila,
Secara ringkas kisah Norazlin seorang perempuan simpanan atau GRO mungkin kepada beberapa vvip yang akhirnya ditemui mati dibunuh, Kurang gemar dengan babawal kisah perhubungan Azlin dan aktiviti malamnya,
Kurang puas hati dengan cerita ni, Banyak yang macam hilang macam tu jer, Siapa yang bunuh Azlin sebenarnya Sangat yakin bukan Farouk yang bunuh, Polis pula macam tak siasat apadan hanya berpandukan saksi, Banyaklah yang buat tertanyatapi tiada jawapan yang jelas sehingga keakhirnya,
tp saya rasa dapat agak siapa yang bunuh sebenarnya, tapi siapa dia sebenarnya Kisah berakhir dengan tragedi, bukan saja kerana watak utama kehilangan nyawa dalam hasrat ingin pulang ke pangkuan jalan meninggalkan cara hidup penuh noda dan menggapai kehidupan membahagiakan selari dengan naluri seorang ibu dan isteri, tetapi juga kerana pembunuhnya masih bebas tanpa kesan.
Membaca buku buat kita berfikir rencah kehidupan manusia kosmopolitan, masih terlalu banyak cela dan noda memalit hidup dan mati anak bangsa, Juga cerita ini pasti membawa ingatan kepada kisah pembunuhan NS tahun, malah senario dan watak dalam hidup dan kematian NS juga banyak persamaan dengan kisah ini, Yang tak puas hati, watak lintah darah dalam kisah Norazlin lepas tanpa dimalukan, Kes NS dulu pun semacam dibicarakan terburuburu, sama dengan kes pembunuhan Norazlin, Mungkin sebenarnya pihak berkuasa dapat korek banyak maklumat yang membolehkan lebih ramai suspek sama ada yg terlibat secara langsung membunuh atau yang diupah membunuh, namun siasia berharap, Tak mungkin transaction telefon tidak digeledah, apa lagi akaun bank, Ehh, saya pula dah tercampur aduk kes NS dengan kisah Norazlin, Memang saya tidak layak judging,
Dalam cerita Pulang penulis menyelitkan naruni seorang wanita yang bersandarkan pembacaan bercitacita mahu menjadi seorang wanita berkuasa dan berharta persis Cleopatra Moden, menundukkan lelaki "jalang" yang tak pernah menang mrlawan nafsu.
Walau begitu, wanita bernama Norazlin ini jelas bukan jenis yang kejam, masih rasa bersalah memporak perandakan rumah tangga lelaki yang dilayaninya, dia hanya buat apa yang difikirkan cara tersendiri melayari kehidupan yang didambakannya.
Dato Alex yang bukan Islam tu pun boleh berperi kemanusiaan dan understanding menggalakkan Lin meninggalkan kehidupan kotor dan mencari bahagia berkeluarga menghalalkan duit beratus ribu yang dibelanjakan untuk Lin berbaloi katanya.
"kau tak berhutang apaapa lagi", Bagaimana pula dengan Tan Sri dan Dato lain tu Farouk, sebenarnya perhubungan Lin dengan Farouk berteraskan apa Nafsu semata Atau ada unsur ego dan emosi di kedua belah pihak Perasaan Suhaila bila tahu perhubungan syaminya dengan Lin, juga membayangkan komplikasi perasaan seorang wanita.
Teman serumah Lin yang juga tahap bapak dan mak ayam, betul kah tidak bersalah langsung
Buku sangat menarik dibaca namun kesedihan masih melanda, Hanya Allah yang tahu semua rahsia kejadian, Sinopsis:
Norazlin Citacitanya untuk menjadi Cleopatra zaman moden yang bisa menundukkan setiap lelaki don juan, Umpama tunduknya Mark Anthony dan Julius Ceaser di telapak kaki Cleopatra si Ratu Mesir, Berbekalkan rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang mengiurkan, Azlin mengejar Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, malah sesiapa sahaja yang mempunyai potensi untuk dia mencapai impian, Dalam mencari jalan PULANG, Azlin tersungkur, Tersungkur pada nasib malang yang menimpa dirinya kematian yang penuh dengan keaiban,
Farouk Dia don juan yang memburu mangsa hanya untuk kepuasan batinnya, Dia lelaki ego yang tidak pernah puas, Menjadikan wanita sebagai satu objek taruhan, Perkenalannya dengan Azlin, membuatkan dirinya 'terikat', Terikat pada kepuasan yang dinikmati tidak dengan isteri yang sah digauli, Namun Azlin juga menyebabkan dia tersungkur, Melontarkan dirinya di balik jeriji besi, Menjadikan nasibnya antara hidup dan mati, Dan dia akur semua orang yang mengenali dan mendampingi Azlin akan menjadi malang itulah sumpahannya,
Suhaila Dia isteri, Dia ibu yang terlalu setia pada suami, Kerana cinta, dia rela dalam keterpaksaan akan segala tindak tanduk sang suami, Padanya senjata utama seorang wanita adalah 'rajuk',
Namun rajuknya juga telah membuatkan hidupnya terjerat, mengheret dirinya sama menanggung malu dengan noda dan dosa sang suami,
Pulang adalah kisah tentang seorang GRO yang ditemui mati dibunuh di bilik tidurnya sendiri, Kisah yang mirip dengan satu kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu, Kisah yang pernah menjadi bualan hangat,
Membaca Pulang hasil garapan ARA membuatkan saya terpaku, ARA bijak menyusun ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi tepat dan padat membuatkan saya tidak mampu untuk berhenti walau sesaat,
Pulang terbahagi kepada'buku', Bukudari sudut Azlin. Bukupersoalan yang menjadi tanda tanya, siapa pembunuh misteri Bukudari sudut pandangan Farouk dan Bukudari kaca mata Suhaila, Pecahan ini menyebabkan terdapat ayat dan frasa yang sama digunakan berulang kali, Namun ia sedikitpun tidak mengganggu fokus saya malah saya salute pada ARA kerana bijak bermain dengan pengulangan ayat dan frasa tersebut,
Apa yang lebih menarik, ARA sangat arif tentang dunia kepolisan, Menjadikan novel ini sangat informatif kepada saya yang 'buta' dalam halhal yang bersangkutan dengan dunia polis, Malah watak ASP Helmi dan ASP Norhayati pegawai polis yang mengendalikan kes pembunuhan tersebut mengembalikan ingatan saya pada novel Ego yang pernah saya baca,
ARA membuatkan saya menjadi benci pada 'orangorang besar' yang menjadikan kedudukan dan pangkat sebagai senjata, Saya jadi meluat dengan Farouk yang ber'tuhan'kan nafsu, Walaupun terselit perasaan kasihan saya pada Suhaila, adakalanya saya jadi sakit hati! Kenapa harus dibiarkan si suami tanpa teguran Namun segalagalanya telah menjadi takdir yang harus diterima dengan pasrah.
Usai membaca, saya insaf, Biarlah saya tidak punyai banyak wang, Asalkan saya tahu ia dari hasil titik peluh saya yang halal, Biarlah saya tidak kaya asalkan saya masih tetap dengan jalan yang diredhai Allah, Jalan yang telah dilorongkan oleh kedua orang tua saya dari Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Mogamoga jalan inilah yang akan diikuti oleh anak cucu serta saudara mara dan sahabat handai saya, AMEEN. .
Gain Access Pulang Assembled By Abdul Rahim Awang In Manuscript
Abdul Rahim Awang