Download And Enjoy UMNO: Akhir Sebuah Impian Written And Illustrated By Mohamed Rahmat Produced In Manuscript
sudah lama ingin membeli buku ini tetapi akhirnya hanya memiliki buku in setelah penulisnya meninggal dunia, Tan Sri Mohamed Rahmat telah meninggal dunia padaJanuari, tidak lama selepas buku ini keluar di pasaran,
Buku ini merupakan tulisan pertama Tan Sri Mohamed dan malangnya menjadi buku beliau yang terakhir, walaupun beliau berhajat untuk menulis buku seterusnya, Buku ini mengisahkan perjalanan hidup Mohamed Rahmat di dalam UMNO, Beliau memegang banyak jawatan dalam kerajaan tetapi paling diingati dikenali semasa menjawat jawatan Menteri Penerangan, Beliau menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu darihinggadi zaman Tun Hussein Onn dan darihinggadi zaman Tun Dr Mahathir Mohamad,
Mohamed Rahmat mungkin dikenali ramai sebagai penyokong Dr Mahathir paling tegar, Kadangkadang beliau dilihat berlebihlebihan dalam menyokong Dr Mahathir, Saya masih ingat ketika ramai pemimpin kanan UMNO menentang Dr Mahathir dalam krisis UMNO, beliau tetap menyokong Dr Mahathir, Ketika Tengku Razaleigh dan Team B menubuhkan Semangat, Mohamad Rahmat telah melancarkan program propaganda yang meninggalkan kesan yang mendalam iaitu SEMARAK, Dr Mahathir telah diarak ke seluruh negara dengan mengadakan program Setia Bersama Rakayat atau SEMARAK, Program ini diteruskan untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan ketika berlakunya krisis perlembagaan tahunyang menghadkan kuasa RajaRaja,
Mohamed Rahmat juga adalah tokoh yang berperanan besar sewaktu UMNO diharamkan, Beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO yang terlibat menggerakkan pendaftaran semula ahli UMNO Baru,
Buku ini memuatkan rasa kecewa Mohamed Rahmat kerana jasa beliau selama ini tidak dikenang, Beliau menyangka apabila digugurkan dari jawatan menteri kabinet pada tahun, beliau akan diberikan sebarang jawatan lain oleh Dr Mahathir, Malangnya, apa yang beliau harapkan tidak menjadi kenyataan, Beliau digugurkan begitu sahaja dan kemudiannya seakan dilupakan oleh ahli dan pemimpin UMNO, Bagaikan habis madu sepah dibuang,
Mohamed Rahmat adalah contoh seorang yang setia kepada pemimpin, Seorang yang
bijak menggunakan kemudahan kerajaan untuk tujuan propaganda parti, Beliau menghabiskan hampirtahun dari hidupnya untuk berbakti kepada parti yang beliau menjadi ahlinya,
Membaca buku ini memberi pengajaran besar kepada kita yang berjuang dalam apa jua bidang yang kita ceburi, Apa pun yang kita lakukan dalam hidup perlu diperbetulkan niat kerana Allah sematamata, Jangan terlalu berharapkan balasan bila berbuat baik kerana di dalam hidup ini kebaikan belum tentu dibalas baik, Jika niatnya betul dan jalannya betul, kita serah sahaja kepada Yang Esa untuk memberi ganjaran yang setimpal, Biar rugi di sini jangan muflis di sana,
sitelinkwww. jiwarasa. blogspot. comJanWas written way ahead of time,. Its happening now. .